21 February 2011

Isteri oh Isteri

Tajuk dah macam orang meroyan lak. Awaknya kawen pun belum, nak cerite pasal isteri buat ape?. Ni yang nak cerita ni. Kisahnya.....

Masa amat mencemburui aku. Bila dah masuk fasa wajib cari isteri ni, buat aku meremang bulu roma la. Tambah pulak bila balik kampung dah ada bunyi - bunyi dan ayat cepucemas, "BILA NAK KAHWIN?"

Alahai, lemah badan aku nak menjawab soalan ni. Leceh la. Aku ingat orang perempuan je kena tanya soalan gini. Laki pun kena gak. Ish, tak sesuai la. Banyak lagi benda aku nak buat. Rumah, kereta, kerjaya, semua - semua la.

Bukan senang sekarang. Duduk kat KL lak tu. Huii, mahal belaka kos sara hidup. Mana cukup nak jaga anak orang. Anak sendiri lagi nak jaga. Tak boleh, tak boleh.

Aku respek la pada orang yang boleh kahwin awal tu. Mana diorang cekau duit tak tau la. Aku kalau boleh tak nak menyusahkan mak bapak aku. Tak nak diorang tanggung majlis kahwin aku nanti. Biar je aku yang keluarkan duit. Tapi mampu ke aku?. Adui.

Aku bukan jenis takut pada komitmen. Aku on je kalau ajak kawen. Anytime. Tinggal mampu dengan tak mampu je. Nak buat kenduri tu paham - paham ajelah. Paling koman pun kenduri kecil - kecilan, ok dah. Tapi...kena tanya pendapat pasangan pulak.Nak ke dia buat kecil - kecilan. Kalau ikutkan hati, aku nak je buat majlis besar - besaran. Tapi sedih. Kan best dapat sponsor. Hehe...


Lagi satu, ok ke kalau perkahwinan yang diaturkan?. Cari sendiri je la. Baru kenal hati budi pasangan macam mana. Ala emak kahwinkan aku...huhu

5 comments:

  1. ish2 da nak kawin dah hang noh
    cari la kat aku samaaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. nk kawen kene pk msk2.. byk bende nk kene pk..

    ReplyDelete
  3. betul, skrg dh tak mcm dulu. Harga hantaran sama naik dgn harga minyak. Kalo dh kawen, kena pk lampin, susu, tadika, pengasuh, yuran skolah, bas skolah, tuisyen, .... tak tersenarai la...;p

    ReplyDelete
  4. hemm tu la kawin bkn mende main2...
    terikat seumur hidup tu...
    salah pilih bley mkn diri

    ReplyDelete