01 February 2011

Balik Kampung

Sempena cuti hari wilayah 1hb Feb dan cuti Tahun Baru Cina 3hb & 4 hb Feb, aku ambil kesempatan untuk balik ke kampung. Nun di negeri Kelantan. My ancestor's home town.

Lepas balik kerja, terus berkejaran ke rumah, nak kemas baju. Sampaikan tak sempat nak makan. *Sembahyang sempat la. Jangan kata aku tak sembahyang lak.* huhu.
Habis mengemas, berkejaran lagi untuk ke stesen Putra. Naik LRT je la. Naik LRT pun dah pukul 8.30 mlm. Ada lagi sejam nak naik bas. Sempat ke tak sempat. Sempat kot.

Ok. sampai ke stesen Putra. Lagi setengah jam nak naik bas. Nasib baik sempat. Banyak pulak masa yang lebih. Time to relax. Tapi sistem jadual berkomputer tak hidup lak. Adoyai. Dah la panas, ramai orang pulak tu. Sabar je la. Nak balik kampung punya pasal. Dengar suara pengumuman yang tak berapa sedap tu aje la.

Dalam stesen Putra.

Tak ada pulak muka - muka yang aku kenal. Selalunya ada. Ramainya manusia. Semua nak balik kampung. Tak kira tua, muda. Kesian pulak aku tengok budak kecik berhimpit - himpit. Selalunya kalau ramai - ramai orang macam ni ada budak hilang. Bahaya betul. Kena berhati - hati la. Kalau tak naya je. Bukan senang nak cari budak celah orang ramai macam ni.
Ramainya manusia
 Stesen Putra ni, walaupun dekat dengan kemudahan awam. Tapi agak kurang selesa. Tak macam terminal baru tu, Terminal Bersepadu Selatan. Dah macam airport je aku tengok. Stesen Putra mungkin tak sesuai kalau nak buat besar macam tu, sebab lokasi dalam bandar. Tapi kalau buat bertingkat lagi, mesti boleh muat lagi ramai orang dan yang penting selesa. Ini dah la aircond pun rosak. Kalau bas tak de ni, senang je suhu panas naik ke muka. Tempat menunggu pun sikit. Tak ada tempat aku nak hilang letih berlari. Nasib aku ni jenis sabar orangnya. Tahan sikit nak tunggu bas lagi setengah jam. 

Tiket pergi - balik ke Pantai Timur sentiasa je habis, nak - nak kalau musim cuti macam ni. Kebanyakkan yang berhijrah ke KL ni, ramai orang Pantai Timur. Tengok aje la kalau pergi shopping kat jalan TAR, SOGO, Bukit Bintang dan banyak lagi tempat. Asal aku toleh kiri - kanan, mesti terdengar dialek pantai timur. Jadi, dah tak hairan dah. Mula - mula dulu, aku pelik gak. Tak ada ke orang yang asalnya memang orang KL. Jarang aku nak jumpa. Kalau ada sila maklumkanlah.

Nak naik bas dah.
Bila lepak - lepak tunggu bas ni, aku rasa nak naik kereta pulak lah nak balik kampung. Dah bertahun naik bas nak balik kampung. Takkan nak naik motosikal lak kot. Kebas bumper aku kang. Ni yang buat aku berkobar - kobar nak beli kereta ni. Ingat hujung tahun lepas dah boleh beli dah. Tapi keadaan kewangan yang tak mengizinkan waktu tu. Insyaallah tahun ni akan dapat. Kereta murah - murah je. Asal ada tayar, ada enjin, boleh drive, dah cukup bagus dah. Kereta baru la, aku bukan tahu sangat pasal enjin kalau nak beli second hand. Nanti harga baiki lebih daripada harga beli. Rugilah. Doakanlah aku dapat beli kereta tahun ni ye.Amin..
Bila tahun la nak dapat kereta ni. Tunggu sekenhen dulu la nampaknya
Cukuplah entri kali ni. Aku dah berjaya naik bas. Ada kat kampung sekarang. Sedang berehat daripada hal kerja dan belajar. Blogging mesti sentiasa on. Choww dulu.

No comments:

Post a Comment