16 February 2011

Apa kerja aku??

Selama empat tahun kerja, kalau sedara mara aku tanya aku kerja apa. Aku berat hati nak jawab. Selalunya yang tanya ni kalau aku balik kampung.

Sama jugak kalau aku pergi mana - mana program yang ada pemecahan ais (ice braking la). Aku bagitau aku seorang kerani je.

Tapi bila aku bagitau aku kerja kat Bukit Aman. Semua ingat aku seorang polis. Weh, ingat polis je ke ada kat Bukit Aman tu. Kakitangan awam lagi ramai lah.


Bukit Aman atas Dataran Merdeka

Bila aku cakap aku kerja kat Bukit Aman. Mula lah orang tanya,
"Kenal ke anak Pak Meon yang kerja tingkat namblas tu?".
Aku jawab, "Ingat aku kenal ke semua orang kat Bukit Aman, Ingat kecik ke Bukit Aman tu.".

Tapi tak de la  kurang ajar macam tu.
Aku jawab je "Tak kenal pak cik. Bukit Aman tu besar. Susah nak jumpa orang lain.". Baik tak aku...hehe

Aku kena belajar jenis - jenis cap jari...huhu

Kerja aku yang sebenarnya adalah Fingerprint Examiner. Atau dalam bahasa Omputehnya, Pemeriksa Cap Jari. Kerjaya ni tak berapa famous pun. Kalau dengar cap jari, mesti orang ingat kerja kat JPN. Kan?. Betul tak?.

Kitorang kerja dengan cap jari penjenayah, bukan dengan orang awam. Sebab tu tak famous. Lagipun pejabat kat bukit aman je, Tak de kat tempat lain. Duduk lah sini sampai pencen...huhu. Ngadap muka yang sama 30 tahun. Lama tuuu.

Suasana opis aku...(gambar lama)

Kerja dalam bilik kesan cap jari

Skop kerja, lebih kurang la macam forensik. Kitorang ada connection dengan Forensik dan JPN. Sebab perlu pengecaman cap jari penjenayah. Tu pasal kalau ada kes pecah rumah ke, curi motor ke, nak tahu cap jari siapa, hantar ke pejabat aku. Rekod jenayah ada dalam database PDRM.

Kalau nak pergi oversea pulak, pejabat aku lah tempat yang dituju. Untuk memastikan tiada rekod jenayah dalam negara. Kalau tak memang tak lepas le keluar negara.
Jadi jangan buat jenayah. Jenayah membawa padah...Ada macam pengacara 9999 tak; boleh aku apply..;p

Cukupla cerita pasal kerja aku. Kang boring lak... Ikhlas nak bagitahu, walaupun korang tak tanya...;p

25 comments:

  1. best la!
    msti mcabar.. hoho...
    dah dulu amik kos pe?
    forensik ar kre?

    ReplyDelete
  2. best ke?...jgn la.. karang korang menyesal cayolah cakap den...

    ReplyDelete
  3. kat sini x yah ada kos apa2...sbb kerja dgn kerajaan je. Janji cgpa best. diorang amek je keja...;p

    ReplyDelete
  4. BOLEH MINX TLG ATAU BG PENDAPAT. BOLEH KE SAYA NK SURUH POLIS TLG KESAN CAP JARI PADA BEG? KECURIAN KECIL,ADAKAH POLIS LAYAN?

    ReplyDelete
  5. sepatutnya polis boleh buat semua tu...
    kemudian akan dirujuk dipejabat ni...sbb semua rekod disimpan disini,kalau ada rekod...
    kalau tiada, akan dirujuk di JPN, jika ibu jari....
    ikut jenis kecurian yg mcm mn...kalau hilang hp atau sewaktu dgnnya, susah sikit....;p

    ReplyDelete
  6. macam best tapi kenapa cakap jangan menyesal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sbb tak boleh pindah mana2, tu je sbbnya....almaklumlah tmpt lain tak de....kat B.Aman je ada...

      Delete
    2. Gaji best tak?? Hehehehe.. Sebab mcm berminat.. Sebelum ni amek kos apa..

      Delete
    3. Standard gaji N17.....tapi sekarang dlm proses nak naikkan gred ke N27....Insyaallah
      sblm ni amk DPA....

      Delete
  7. oh.. terima kasih utk info tu..

    ReplyDelete
  8. dlu abg safwan intrvw dorg tny ape ek? ble share tak? coz sy ade apply utk post ni dkt SPA..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Standard soalan kalau minta kerja kerajaan. Tapi dia tanya apa yang kita tau pasal capjari dan kerjanya. Boleh google kalau nak tau..

      Delete
  9. best tak kerja ni bang ? macam berminat.. abang dulu mintak yg SPA punya ke ?

    ReplyDelete
  10. Assalam... bang.. best tak keje ni ?
    abg dh keje bape lame ?
    scop keje die cmne eh ?
    macam berminat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, kerja apapun best je. Dah tu rezeki kita..hehehe
      Dah kerja 6 tahun dah. So far ikut je flow pejabat ni macam mana. Skop kerja banyak nak buat rekad jenayah yang dah menimbun, sabo je la.

      Delete
  11. Ada gred 22 dan ke atas tak jawatan pemeriksa cap jari nie?

    ReplyDelete
  12. Pemeriksa cap jari n17 ni ada kenaikan pangkat ke utk gred n22 ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja ni ada je gred ke N22...tapi macam kerja jabatan lain. Ikut senioriti, peluang tu sentiasa ada. Sekarang dalam proses naikkan gred lebih tinggi. Insyaallah

      Delete
  13. elaun mcm ne????blh tau x elaun2 pemeriksa cap jari nih????tQ...

    ReplyDelete
  14. boleh tanya berapa jenis elaun untuk skim jawatan ni kh???hehehetQ.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elaun sama je macam kerja dengan PDRM tapi takde la elaun uniform, elaun 24jam tu. Elaun COLA/wilayah, elaun perumahan dan elaun cap jari...:)

      Delete
  15. dok search info tntang job ni...coz dpt panggilan temuduga Pemeriksa Cap Jari N17 hjung bln 10 ni...tup2 jumpa blog ni.hehehe....nmpk menarik jugakk.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah, mungkin temuduga untuk kemasukkan bulan januari. Memang ada nak tambah staf, dalam 6-8 orang je sekarang ni. Sebab ramai yang pencen dan naik pangkat.

      Delete