09 February 2011

Ada apa dengan Valentine's Day

Bulan Februari. Selalunya bulan Februari sinonim dengan Hari Kekasih atau Valentine's Day. Kalau dalam televisyen tu, hujung bulan Januari lagi dah tayang promo untuk hari kekasih ni. Macam - macam iklan dah dibentang kat shopping - shopping complex dan kat jalan - jalan raya, semata - mata nak menyambut hari kekasih ni. Belum kira lagi dengan restoran yang buat promosi menu istimewa pada hari kekasih lagi. Semunya untuk menarik perhatian pasangan bercinta untuk menghabiskan duit. 

sumber: Google
"Kenapa nak menyambut Valentine's Day ni?" tanya aku.
"Ala nak menunjukkan aku ni seorang yang penyayang dan ingin berkongsi kasih sayang, lagipun nak sambut setahun sekali je" jawab sang pecinta.

Nak muntah aku dengar. Kalau tahu diri tu seorang penyayang dan banyak kasih sayang tak nak pulak pergi rumah Pengasih ke, rumah anak yatim ke, rumah orang tua ke. Lagi afdal mencurahkan kasih sayang kat situ. Dapat pahala lagi.


Kebanyakkan kita berfikiran kalau tak sambut valentine's day, bukan seorang yang romantik. Ok. Tu pendapat masing - masing. Bagi aku, nak berkasih - sayang tak kira masa. 365 hari kita boleh berkasih - sayang. Setiap masa, setiap saat boleh menunjukkan kasih sayang. Takkan luak pun kasih sayang tu. Tambah lagi kalau kasih sayang pada pasangan yang berkahwin, pada ibu bapa, dan pada keluarga.


Kalau setakat pasangan bercinta tu. Rentikanle. Buat tambah dosa je. Dah lah bukan muhrim. Pegang - pegang, usap - usap. Berkasih sayang ke namanya tu? 


sumber: Google
Balik semula ke kisah Valentine's Day. Ada banyak versi yang aku jumpa kenapa Islam sangat - sangat tak menggalakkan umatnya menyambut Valentine's Day.

Versi 1


Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Beliau aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah oleh Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine, salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.


Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap menyebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintahkan Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana sanggup mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.


Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan " From Your Valentine" (Daripada Valentinemu).


Sejak peristiwa itu, orang Kristian meyambut 14 Februari pada setiap tahun sebagai hari untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Versi 2

St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Versi 3

Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

sumber: historyofjihad.org
Jelaskan, kenapa kita tak perlu nak sambut hari kekasih ni?. Tapi itu terpulang kepada individu tu sendiri.  Kalau dia rasa tak salah nak sambut Valentine's day. Dipersilakan. Aku takkan campur. Itu soal kepercayaan korang sendiri. Jangan cakap aku tak bagi peringatan.

Aku suka nak korang baca zaharuddin.net. Dalam ni ada sebut, nak ucap selamat hari kekasih pun tak digalakkan ni kan pulak nak sambut. Sangat - sangat tak digalakkan.

Hari Kekasih ni bukan berasaskan kepada ajaran Islam, Islam sendiri melarang umatnya daripada mengikut kepercayaan yang berdasarkan taklid (mengikut sesuatu itu membuta-tuli tanpa mengetahui asal usul, latar belakang dan sejarah budaya itu). 


Rasulullah s.a.w. dah melarang umatnya daripada mengikut tatacara beribadat selain Islam. Contohnya, cara merayakan perayaan yang tidak bersumberkan Islam.

Sabda Rasulullah yang bermaksud: “Barang siapa meniru satu kaum maka ia termasuk dari kaum tersebut.” (Riwayat Tirmizi) 

Jadi kenapa nak ikut orang lain. Nampak sangat kita ni tak ada pegangan dan prinsip hidup. Dah banyak perbincangan dibuat untuk mengelakkan umat Islam dari menyambut hari kekasih ni. Tapi kebanyakkannya tak berhasil. Mungkin salah pendekatan. Kita boleh tak menyambut hari kekasih ni. Jom mulakan dengan diri kita untuk tidak menyambut Hari Kekasih atau Valentine's Day ni.

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabnya."
Surah al -Isra; ayat 36.

No comments:

Post a Comment