28 February 2011

Faceblog

Aku baru join satu komuniti blog yang baru. iaitu The Faceblog. Aku dah dengar lama dah Faceblog ni. Tapi sekarang baru join. Ni aku buat entri khas untuk Faceblog ni. Senang - senang singgah la sini. Bila aku join baru aku perasan lebih ramai bloggers perempuan, wanita atau gadis daripada blogger lelaki. Aku pun tak tau kenapa. Tapi yang aku perasan wanita suka menulis. Lelaki jarang sangat la. Lelaki lebih kepada topik yang serius. Wanita lebih kepada emosi dan perasaan. Yang tu yang aku perasan la. Pendapat aku je, setelah banyak buat blog walking. Kalau salah pun, abaikan je.

Apa -apa pun, sesiapa yang rasa dirinya blogger baru dijemput join grup ni. At least, dapat mengeratkan dan mengenali bloggers yang lain.

Ni ada sedikit pasal Faceblog ni yang aku copy dari sana:

SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTI FACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMA FACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


27 February 2011

Ikan Dan Spa

Ikan selalunya dikaitkan dengan makanan. Tapi kebelakangan ni, ikan juga digunakan sebagai salah satu medium untuk spa atau rawatan kecantikan.

Rawatan kaki menggunakan ikan bermula di negara Eropah, terutamanya di negara Turki, Syria dan Jordan. Di negara asia, Malaysia terutamanya, spa ikan mula beroperasi pada tahun 2006. Ikan yang digunakan adalah Doctor Fish (Garra Rufa) dan Cyprinion Macrostomus (Kangal Fish). 




Bayangkan kaki direndam di dalam kolam dengan ratusan ikan mengerumuni kaki. Geli ada, takut pun ada. Tapi jangan risau, walaupun ikan mengigit kaki, ikan ni tak da gigi.


Kebaikan spa ikan adalah :

* MELANCARKAN PERJALANAN DARAH
* MERAWAT MASALAH KULIT TAPAK KAKI
* MEMBUANG SEL KULIT MATI DI PERMUKAAN KULIT
* REFLEKSIOLOGI TUBUH/KAKI SECARA SEMULAJADI
* TERAPI MINDA
* SEBAGAI PEDICURE
* RELAXING
Cukup lah fakta tentang spa ikan ni. 

Aku saja nak cuba rasa macam mana spa ikan ni. Jadi aku pun try kat Berjaya Times Square. Kat situ ada satu kedai spa ikan. Dengan RM 12 untuk setengah jam. Ok la.
Nak mulakan rawatan kena basuh kaki dulu. Lepas tu baru boleh rendam kaki dalam kolam yang disediakan. Mula - mula memang takut, rasa geli macam ada benda yang merayap atas kaki. Tapi jangan risau lepas lama - lama, rasa geli tu akan jadi rasa selesa macam orang geletek kaki dengan perlahan. Macam tu la aku rasa. Tak tau nak cerita macam mana sebenarnya bila ikan tu mula gigit kaki. Korang kena cuba sendiri baru tau. 

Rawatan ni kira rawatan alternatif la. Nak pergi spa yang betul - betul tak mampu. Pergi je spa ikan ni. Tengok ikan ni makan sel kulit kaki, macam best je. Banyak lak tu yang kerumun. 
Kesan daripada rawatan ni, kaki rasa ringan. Kulit mengelupas dah hilang. Tapi spa ikan ni kena buat dengan kerap. Baru jadi. Kulit pun jadi halus dan bersih. Pasal jangkitan, jangan risau, ikan ni tak sebarkan kuman. 
Kalau korang berkesempatan tryla.

23 February 2011

Kerjaya buat Graduan

Bagi yang baru menamatkan pengajian selama 3 - 4 tahun, tentunya korang tengah sibuk nak mencari pekerjaan yang sesuai dengan apa yang dipelajari selama bertahun - tahun. kan?. Kali aku nak mencadangkan pekerjaan yang mungkin sesuai dengan jiwa korang. Mana tahu ada yang berkenan.






Penterjemah Tulisan Braille

Penterjemah tulisan Braille adalah mereka yang menterjemah teks tulisan Rumi kepada tulisan Braille. Ini termasuk novel, buku teks, risalah, artikel, dan muzik. Pekerjaan yang mulia kerana dapat membantu orang buta. Disamping tu dapat belajar tulisan Braille. Satu kelebihan kepada korang.





Pemerhati Kebakaran Hutan

Kalau korang jenis suka berseorangan, tak suka keluar ke tempat orang ramai, dan tak minat dengan hal - hal duniawi. Mungkin korang sesuai kerja kat Taman Negara. Kerja kat menara tinjau, tengok kalau - kalau ada hutan yang terbakar. Sambil tu boleh la korang kawan dengan Tarzan. Kawan dengan haiwan pun boleh.







Penguji Makanan Haiwan

Pada peket makanan anjing atau kucing ada tertulis, "A good taste that your dog cannot resist" atau label "An improved version". Bagaimana kilang - kilang makanan ni nak uji makanan haiwan yang dipasarkan dan tahu anjing akan suka makan makanan tu?. Sebenarnya ada penguji makanan yang cuba atau uji  makanan tu. Yakksss. Tapi memang betul.





Penguji Kondom

Pengilang kondom di Jerman menjadikan pelajar dari England atau Ireland sebagai penguji kondom keluaran diorang. Penguji akan beri komen pasal kondom tu dari segi keselesaan, dan kepuasan menggunakan kondom tersebut. Yang ni korang jangan gatal - gatal nak apply pulak. Haram. Yang dah kawin tak pa.




Pengutip Otak

Pengutip otak adalah mereka yang membelah dan mengambil otak binatang untuk dijadikan makanan. Otak menjadi makanan istimewa kepada kebanyakkan budaya di dunia. Sanggup ke korang?






Penguji Bau

Kalau korang jenis tak kisah dan sanggup bekerja dengan orang ramai, mungkin kerja sebagai penguji bau paling sesuai dengan korang. Penguji bau bekerja dengan industri minyak wangi, contohnya. Diorang perlu memeriksa bau badan untuk setiap jenis minyak wangi yang berbeza ke atas orang yang berbeza. Untuk penguji bau yang bekerja dengan syarikat pengumur mulut, diorang perlu menguji bau nafas orang. Pekerjaan paling best bagi aku. hehehe



p/s: Entri hanya gurauan semata - mata. No heart feeling...;p

22 February 2011

Kenapa buat blog?


Ditujukan khas kepada blogger - blogger semua, kenapa buat blog?.  Kalau buat Facebook, dan  buat notes dalam facebook tu, tak boleh ke?

Macam zaman dulu, terkenal dengan diari - diari ni. Tak berkenan ke buat diari macam zaman dulu? Sama je diari dengan blog.



Itu antara pertanyaan aku terima dan dengar dari kawan - kawan aku. Kepada bloggers, mesti pernah terima soalan yang sama. Yang aku nak kongsikan ni, dari sudut pandangan aku. Hanya pendapat aku semata - mata, tiada kaitan dengan yang hidup atau yang masih mati...;p

Aku baru buat blog setelah bertahun baca blog orang. Antara blog awal yang aku baca, yang aku ingat la. JustKhai salah satunya. Lagi darkbatman. Lagi haniszalikha, sifoo.com, noorizamsabran, banyak lagi la. Itu antara yang aku bookmark dalam komputer aku. Pastu ada la lagi, benashaari agak baru, tapi aku pernah blogwalking jugak banyak kali blog dia.

(Blog walking : melawat blog lain dan meninggalkan jejak di blog tersebut. Tak sesuai kot panggil blog walking kalau tak de blog. Mungkin sesuai panggil blog hopping. Hop bermaksud singgah sebentar, atau melompat dengan sebelah kaki. Lebih kurang lah maksudnya.)

Bila aku baca blog orang. Terdetik dalam hati aku, "Eh, aku ada banyak cerita yang boleh di kongsi, apa kata aku buat blog jugak. Tapi ok ke kalau aku buat blog?'. Soalan tu berulang kali berlegar kat fikiran, 2 - 3 tahun jugak aku ambik masa nak buat blog.

Dengan kerjanya, nak belajar lagi (ye aku seorang pelajar dan pekerja). Boleh ke buat blog dengan masa terhad? Pastu aku nekad, ambil masa sikit, fikir nama yang sesuai.....dan.....



PUFFF!!! JADILAH KOKO KRUNCH....


errr...jadilah blog picisan yang tak seberapa ni. Bila aku ada blog, mula lah nak paksa kawan - kawan follow blog aku. Cari widget, cari tutorial. Belajar html yang aku tak hairan sangat sebelum ni. Pastu tengok blog - blog otai, maksud aku blogger lama - lama. Bertanya pada kawan - kawan yang ada blog, join komuniti bloggers. Semua - semua tu lah aku buat.

Sampai satu tahap, aku buang widget yang menyemakkan tu. Tak nak bagi berat blog ni. Tumpukan pada entri je  Sebab tu blog aku, sangat - sangat simple.  Jadi lah macam yang korang tengok sekarang. Simple kan? Sangat simple sampai aku pun bosan gak..hehe.

Jadi macam mana nak menarik perhatian pembaca, tumpukan pada cara penulisan saja lah. Tapi aku tak cukup masa nak tulis dengan sempurna. Kalau tengok entri aku lepas - lepas, rasa macam ayat tergantung je. Maaf kan lah aku. Tak sempat nak buat elok - elok. Anggap je lah tu stail penulisan aku, trademark aku.


Lagipun aku ada banyak cerita. Rasa macam banyak benda aku nak cerita. Sampai semua idea nak keluar masa aku menulis. Tu yang susunan ayat tunggang langgang. Hehe.
Sama kot macam aku bercakap. Semua ayat nak keluar daripada mulut, sampai orang tak paham...;p

Jadi, buat - buat paham sudah.

Blog yang aku buat bukan untuk populariti. Aku tak kisah sangat kalau takde orang nak baca blog aku. Janji aku ada tempat untuk menaip sesuatu, bukan simpan dalam komputer je.

Bila format komputer, habis hilang semua gambar, penulisan aku. Bila simpan kat alam maya ni, selamat lah sikit. Ada backup, dan boleh bagi orang baca penulisan aku. Walaupun orang yang baca tak ramai. Tak kisah pun.

Jadi,  kalau ada orang nak baca. Terima kasih daun keladi. Kalau tak de pun, tak kisah. Terima kasih kerana sudi singgah. Blog ni akan kusimpan sebagai warisan, paling lekeh pun wasiat untuk anak cucu.

Bila dah tua esok, boleh la aku cakap dengan cucu aku. "ATUK ADA BLOG."

p/s:  Aku menulis bukan kerana nama....;p

21 February 2011

Isteri oh Isteri

Tajuk dah macam orang meroyan lak. Awaknya kawen pun belum, nak cerite pasal isteri buat ape?. Ni yang nak cerita ni. Kisahnya.....

Masa amat mencemburui aku. Bila dah masuk fasa wajib cari isteri ni, buat aku meremang bulu roma la. Tambah pulak bila balik kampung dah ada bunyi - bunyi dan ayat cepucemas, "BILA NAK KAHWIN?"

Alahai, lemah badan aku nak menjawab soalan ni. Leceh la. Aku ingat orang perempuan je kena tanya soalan gini. Laki pun kena gak. Ish, tak sesuai la. Banyak lagi benda aku nak buat. Rumah, kereta, kerjaya, semua - semua la.

Bukan senang sekarang. Duduk kat KL lak tu. Huii, mahal belaka kos sara hidup. Mana cukup nak jaga anak orang. Anak sendiri lagi nak jaga. Tak boleh, tak boleh.

Aku respek la pada orang yang boleh kahwin awal tu. Mana diorang cekau duit tak tau la. Aku kalau boleh tak nak menyusahkan mak bapak aku. Tak nak diorang tanggung majlis kahwin aku nanti. Biar je aku yang keluarkan duit. Tapi mampu ke aku?. Adui.

Aku bukan jenis takut pada komitmen. Aku on je kalau ajak kawen. Anytime. Tinggal mampu dengan tak mampu je. Nak buat kenduri tu paham - paham ajelah. Paling koman pun kenduri kecil - kecilan, ok dah. Tapi...kena tanya pendapat pasangan pulak.Nak ke dia buat kecil - kecilan. Kalau ikutkan hati, aku nak je buat majlis besar - besaran. Tapi sedih. Kan best dapat sponsor. Hehe...


Lagi satu, ok ke kalau perkahwinan yang diaturkan?. Cari sendiri je la. Baru kenal hati budi pasangan macam mana. Ala emak kahwinkan aku...huhu

18 February 2011

Peribahasa: Episod 1

Menurut Za'baperibahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.




Aku nak cuba wujudkan segmen Peribahasa dalam blog aku ni. Tapi peribahasa yang aku pilih ni, peribahasa yang aku rasa aku tak pernah dengar. Mungkin korang pun tak pernah dengar. Jadi layan....;p


Ada beras, taruh dalam padi : rahsia hendaklah disimpan baik - baik.


Ada padi masak, adalah pipit : orang yang baik budi akan dikasihi orang.


Ada wang abang disayang, tak ada wang abang melayang : kasih sayang kerana wang ringgit dan harta benda.
(aku suka ni...;p)

Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah : pergaulan di dalam masyarakat hendaklah mengikut peraturan.

Adat diisi, lembaga dituang : sesuatu dilakukan mengikut peraturan.

Agak - agak bertutur di malam hari : selalu beringat ketika berkata - kata.

Air besar, sampan tak hanyut : maksud tidak tercapai.

Air digenggam tiada tiris : kikir; bakhil; kedekut.

Air mata jatuh ke dalam : sedih dalam diam

Air sama air bersatu, sampah ke tepi juga : sama maksud dengan jangan jaga tepi kain orang.

Akal akar,berpulas tak patah : orang pintar tidak mudah kalah di dalam perbahasan.

Alah mahu , bertimbang enggan, cungkil merih akan pembayar : berjanji dalam sesuatu perkara, tapi berbantah dengan orang yang dijanji. (ni pun aku suka)

Alangkah baik beristeri tua, perut kenyang pengajaran datang : lelaki muda beristeri tua akan menjadi terlebih manja akibat kasih sayang berlebihan.

Angin tak dapat ditangkap, asap tak dapat digenggam : berita yang buruk tidak disembunyikan akhirnya akan diketahui juga.

Anjing menyalak di ekor gajah : perbuatan orang lemah cuba melawan orang berkuasa.

Antah bersama antah, beras bersama beras : mencari pasangan yang sama darjat.

Antan patah lesung hilang : sama maksud sudah jatuh ditimpa tangga

Apa boleh buat nasi sedap menjadi tawar : tersinggung perasaan.

Ok cukup la setakat ni sambung episod 2. Akan di susun peribahasa mengikut abjad. Kalau korang nak copy silakan. Perkayakan bahasa kita.

Sambutan Maulidul Rasul

KPN berarak sempena Maulidur Rasul peringkat Bukit Aman
-Foto The Malay Mail
Hari ni aku terlibat dengan perarakan sempena Maulidur Rasul. Aku tak pernah lagi terlibat dengan perarakan Maulidul Rasul ni. Nak buat yang terbaik kitorang berlatih berselawat. Kitorang berlatih berselawat kat dewan. Siap dengan berlatih berarak lagi. Sampai sakit tekak. Nak bagi seragam punya pasal. hehe

Suasana sebelum mula perarakan..

Lebih kurang 100 lebih terlibat dengan perarakan ni. Itu untuk JSJ saja. Belum campur jabatan lain. Mau dekat 700 - 800 orang terlibat.

Sepanduk JSJ - Foto Yanie

Perarakan ni kira pertandingan jugak la. Sebab tu kitorang kena berlatih. Kalau tak main bedal je irama berselawat. Ikut sedap tekak sendiri. Mesti sumbang punyalah.

Seragam JSJ lelaki
Seragam JSJ wanita

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pun ada sekali dalam perarakan ni.

Selepas perarakan kitorang dengar pulak ceramah agama oleh Ustaz Farid Ravi. Sangat best ceramah beliau. Diselang - seli dengan lawak. Lain kali boleh jemput lagi Ustaz Farid Ravi nih.

Ustaz Farid Ravi berceramah

Ok la. Setakat ni dulu. Terkilan lak aku tak dapat tangkap gambar banyak - banyak. Jadi peserta kan, tak boleh nak keluar barisan.

Sebahagian staf JSJ, D2 yang terlibat

p/s: Lupa lak. JSJ tak dapat no. pun dalam selawat ni. Hadiah sangat lumayan. Tak pa tahun depan cuba lagi. Yang penting niat ikhlas nak berselawat. ;p

17 February 2011

The Story That Make Me Felt Sorry



Ayu is a typical college girl who enjoys life to the fullest. She loves her boyfriend so much and texts him every now and then.

Edy is Ayu's boyfriend who works in a call center in KL. He's always busy doing so many things. He only manage to reply to Ayu's texts when he got off from work.


One time Edy receive a message from Ayu : "hi baby! how are you? i miss you! call my house when u get home..take care! I love you!"

Edy ignored the message because he always receive the same message whenever it is time for him to go home from work.

"baby, i miss you..did u eat yet?! Take care when you get home! ill be waiting for your call..i love you!"

"baby, where are you?! its unfair that you don't reply to my texts... well, I’m just gonna wait for your call..i love you!"

Edy reaches home and lay on his bed. The last time he knew is that he's reading Ayu's text.
He was so tired he fall asleep and wasn't able to return Ayu’s call. 
He can still hear his phone beeps but he's too tired to take a glimpse on
the message.

When he woke up the next day, he remembers that he needs to call Ayu. He ignored the messages and dialed Ayu's .. No one's answering in her house. He called up her cell phone and he was surprised that her father answered the call.
In his voice you can feel his tears and hear his heart tearing apart.

"Edy, why haven’t you called?. Ayu was waiting for your call all night!"

"Dad I’m sorry. I fell asleep being so tired from work... I was calling your house but no one was answering. where are you? so i can come over."

"Just meet me at Ayu’s house." Edy went to Ayu's house and much to his surprised he saw a lot of people inside. The house were so lighted but you can see the gloom on every person you'll meet there. He was greeted by Ayu's mom on tears.
She hug him tight and cried on his shoulders.

"Ayu was waiting for you. She didn't come with us because she was waiting for your call.
She was killed by robbers that broke in our house.
She's gone , Edy. She's gone !!!

"that’s impossible..she texted me..how could this happen!"

Edy can't look into Ayu's body. He can't move and it feels like his whole body is stuck on
the chair his seating on. He wanted to cry but it seems that something is blocking his tears to fall down. He turned to his phone and read the messages of Ayu.

"baby, I’m not coming with my mom and dad..I’m just gonna wait for your call.."

"baby..I’m so scared... it seems like there’s someone 
downstairs..please call me now!"

"babe..someone here..they might kill me..please call me now, where are you? i need you here..."

"baby.... i love you!..." the last message from AYU.

He wanted to shout and cry so loud. It's true that
Ayu is waiting for his call. Up to her last breath she only thinks about him.

He stared at Ayu's body. Suddenly tears
starts flowing down his cheeks. He can't say anything. The only words he uttered...
"My baby, I’m so sorry! I could have known, i could
have fought for you! I’m really sorry! I love you sooooooooooooooooooooooooooooo much!"

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>

>☻☻☻☻☻
>***Moral of the story....when someone message you...please reply..!...;p




p/s: entri dari notes Facebook aku.... 5 September 2009

16 February 2011

Kenapa Perlu Tidur Awal?

Entri ni khas untuk blogger - blogger, macam aku. Aku nak cakap pasal tidur. Hobi tidur termasuk dalam senarai kegiatan masa lapang aku. Aku berani jamin korang pun sama macam aku. Terutamanya student.

 Aku kalau rasa bosan, cari port yang selesa, pastu landing situ berdengkur. Malam kang berjaga pulak, pukul 3 - 4 pagi baru tidur...;p

 


Selama ni tabiat aku tu salah rupanya. Tidur siang ok, tapi jangan berjaga malam. Kenapa aku cakap macam tu?. Sebab kesihatan beb. 

Tahukah korang badan kita mula melakukan proses detoksifikasi seawal jam 9 malam. Detoksifikasi tu apa?. Detoksifikasi bermaksud proses pembuangan bahan - bahan toksik melalui organ - organ badan, terutamanya hati. 



Aku bagi kronologi proses detoksifikasi dalam badan kita.

9 malam - 11 malam. > masa proses detoksifikasi terbaik untuk menyingkirkan bahan - bahan yang tak penting dalam badan oleh sistem antibodi (bahagian limfa). Masa untuk berehat dari melakukan kerja - kerja berat kerana akan mengganggu proses detoksifikasi. (Jangan bagi alasan ni pulak kalau mak mintak tolong.)

11 malam - 1 pagi > Proses detoksifikasi di bahagian hati.

1 pagi - 3 pagi > Proses detoksifikasi di bahagian hempedu.

3 pagi - 5 pagi > Proses detoksifikasi di bahagian paru - paru untuk bersihkan pernafasan. Kadang - kadang ada orang terbatuk masa proses ni.

5 pagi - 7 pagi > Proses detoksifikasi di bahagian usus besar. Seeloknya buang isi perut masa ni. Kalau tak rasa nak membuang, paksa gak.

7 pagi - 9 pagi > Penyerapan nutrien di kawasan usus. Perlu sarapan masa ni. Jangan tak sarapan langsung. Kalau kurang sihat atau sakit, sarapan sebelum 6.30 pagi. Ala macam waktu makan sahur. 

Kalau nak cergas dan cerdas, sarapan sebelum 7.30 pagi. Sarapan sangat penting. Sebab tu ada pepatah, makan macam raja waktu pagi. Sebab badan perlukan tenaga waktu pagi untuk beraktiviti sepanjang hari. Sarapan jangan tak sarapan.

Kalau korang sayangkan badan korang pergi la tidur awal. Badan ni nak pakai lama. Rugi kalau dah sakit masa muda. Hehe...

Info: Dari jam 12 tengah malam hingga 4 pagi, masa untuk tulang sum - sum menghasilkan darah. 
Jadi pi tidoq.
 
p/s: Aku nak pegi tido dah. Kalau ternampak aku online bukan aku tu....;p

Apa kerja aku??

Selama empat tahun kerja, kalau sedara mara aku tanya aku kerja apa. Aku berat hati nak jawab. Selalunya yang tanya ni kalau aku balik kampung.

Sama jugak kalau aku pergi mana - mana program yang ada pemecahan ais (ice braking la). Aku bagitau aku seorang kerani je.

Tapi bila aku bagitau aku kerja kat Bukit Aman. Semua ingat aku seorang polis. Weh, ingat polis je ke ada kat Bukit Aman tu. Kakitangan awam lagi ramai lah.


Bukit Aman atas Dataran Merdeka

Bila aku cakap aku kerja kat Bukit Aman. Mula lah orang tanya,
"Kenal ke anak Pak Meon yang kerja tingkat namblas tu?".
Aku jawab, "Ingat aku kenal ke semua orang kat Bukit Aman, Ingat kecik ke Bukit Aman tu.".

Tapi tak de la  kurang ajar macam tu.
Aku jawab je "Tak kenal pak cik. Bukit Aman tu besar. Susah nak jumpa orang lain.". Baik tak aku...hehe

Aku kena belajar jenis - jenis cap jari...huhu

Kerja aku yang sebenarnya adalah Fingerprint Examiner. Atau dalam bahasa Omputehnya, Pemeriksa Cap Jari. Kerjaya ni tak berapa famous pun. Kalau dengar cap jari, mesti orang ingat kerja kat JPN. Kan?. Betul tak?.

Kitorang kerja dengan cap jari penjenayah, bukan dengan orang awam. Sebab tu tak famous. Lagipun pejabat kat bukit aman je, Tak de kat tempat lain. Duduk lah sini sampai pencen...huhu. Ngadap muka yang sama 30 tahun. Lama tuuu.

Suasana opis aku...(gambar lama)

Kerja dalam bilik kesan cap jari

Skop kerja, lebih kurang la macam forensik. Kitorang ada connection dengan Forensik dan JPN. Sebab perlu pengecaman cap jari penjenayah. Tu pasal kalau ada kes pecah rumah ke, curi motor ke, nak tahu cap jari siapa, hantar ke pejabat aku. Rekod jenayah ada dalam database PDRM.

Kalau nak pergi oversea pulak, pejabat aku lah tempat yang dituju. Untuk memastikan tiada rekod jenayah dalam negara. Kalau tak memang tak lepas le keluar negara.
Jadi jangan buat jenayah. Jenayah membawa padah...Ada macam pengacara 9999 tak; boleh aku apply..;p

Cukupla cerita pasal kerja aku. Kang boring lak... Ikhlas nak bagitahu, walaupun korang tak tanya...;p

Siapa Paling Kuat Membebel?

Tadi jejalan ke group Sahabat Blogger. Ternampak pos Bro Framestone pasal "Siapa paling kuat membebel?". Jadi entri ni ditujukan khas untuk menjawab soalan Bro Framestone.


Siapa paling kuat membebel ni aku cakap dalam keluarga aku. Kalau dengan kengkawan aku, adalah sorang dua. Tapi tak berapa confirm sangat diorang ni boleh dikategorikan sebagai kuat membebel atau tak. 

Tapi secara jujurnya,  dalam keluarga aku, akulah orangnya. Kenapa aku cakap aku kuat membebel?...haha. Ini mak aku cakap, kalau dah mak aku yang cakap, betul la tu. Anak sulung kan. Tak boleh kalau tak membebel.hehe. 

Aku pun tak sedar sebenarnya, aku seorang yang kuat membebel. Sebab dengan kengkawan, aku tak rasa aku jenis yang banyak cakap.(Ye la tu). 


Betul, aku seorang yang pendiam. Bukan jenis cakap banyak. Lain pulak halnya, kalau aku dengan orang yang paling rapat dengan aku. Macam dengan bestfriend aku. Memang aku salah sorang orang yang kuat membebel dan mengkritik. 

Suka mengkritik pun kategori membebel jugak. Mak atau adik aku cukup tak suka kalau aku ke dapur. Aku kritik cara diorang masak. Kadang - kadang aku kritik penampilan diorang. Member aku pun ada jugak aku kritik penampilan diorang. Tapi tak de lah kritik dan bebel teruk sangat. Normal je. Ayat tak pedas pun. (Ye ke?).
Jangan marah geng. Tak sengaja. Dah jadi habitat, eh tabiat...;p

Ni nak tanya, Kalau korang ada member macam aku, lelaki yang kuat membebel, korang ok ke tak?...Jawab dengan jujur..Boleh??...;p

15 February 2011

Jom makan - makan @ Flaming Steamboat

Kali ni aku dan geng pergi makan steamboat. Susah sebenarnya nak cari tempat makan steamboat yang halal dan sedap. Tapi melalui carian dalam internet dan melalui cakap - cakap kengkawan, akhirnya kitorang bercadang nak makan kat Flaming Steamboat.


Apa yang kitorang tahu, restoran ni ada dua cawangan kat Lembah Klang ni. Satu dekat Bandar Sunway. Satu lagi dekat Danau Kota, Setapak. Kitorang bercadang nak makan dekat Danau Kota. Dekat dengan rumah aku. Restoran ni bukak pukul 5 petang takde hal la nak pergi sebab dekat. Lepak lama - lama pun takpe.

Nak pergi tu, kitorang kena booking tempat dulu. Senang nanti tak payah tercari - cari tempat duduk. Korang boleh jugak kalau nak tahu pasal Flaming Steamboat ni, sebab ada fanpage Facebook Flaming Steamboat. Flaming Steamboat ni ada dua FB. Satu untuk fan, satu lagi untuk friend. Kalau jadi friend, korang boleh booking kat situ. Kalau booking pada hari Rabu untuk friend Facebook, korang boleh dapat special price untuk hari minggu. Best.

Pandangan pertama aku, tempat ni sangat cantik dan selesa. Rasa macam makan kat rumah. Kalau buat majlis hari jadi ke, reunion ke, memang sangat sesuai. Tempat dia besar. Yang paling penting bagi aku selesa. (Gambar suasana lupa nak tangkap;sorry)

Pilihan makanan

Pilihan makanan sangat banyak. Ada macam - macam jenis makanan laut. Yang aku tak pernah makan pun ada. Tapi aku melantak ketam banyak - banyak. Kat rumah, makan ketam kena ingat orang belakang sikit. Hehehe.

Kuah untuk merebus makanan laut disediakan di atas setiap meja dan ada dua jenis kuah, sup dengan tomyam. Dua - dua sedap.

Pilihan makanan aku..;p

Pilihan member aku

Sedang merebus... kecur air liur;p

Kalau tak suka makan makanan laut, ada makanan lain. Contohnya nasi goreng, nasi beriani, mee goreng, bihun goreng, nuget, sosej dan macam - macam lah. Tak larat nak senaraikan. Menu ni bertukar - tukar setiap hari.Ada pulak menu bulanan special. Jadi ada banyak pilihan.

Makanan lain

Harga makanan sangat berpatutan sebab dikira sebagai bufet. All you can eat. Sangat berbaloi. Kalau makan kat rumah seafood ni, mau beratus jugak habis. Tapi kat sini, murah dan berpatutan je harganya.  Rugi kalau tak cuba. Cuba try!!!..;p

Liiicciiiiinnn;p
Kulit kerang, kulit udang, kulit ketam dan lain - lain....


update: Harga makanan sekarang untuk dewasa RM30.90++, untuk kanak - kanak RM12.90++. Kanak - kanak bawah 3 tahun percuma. Lagi satu, makanan yg tidak dihabiskan akan dikenakan bayaran untuk setiap 100g. Jadi habiskan makanan tu ye. Membazir amalan syaitan nirrojim...:P

14 February 2011

Cara Mendapat Syafaat Dari Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum....entri kali ni nak sentuh pasal berselawat. Sempena Maulidur Rasul ni, baik kita banyakkan berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W.
Semoga kita mendapat naungan dan syafaat daripada baginda S.A.W.

Ni aku kongsi pasal kelebihan berselawat. Carigali dari Wikipedia tadi. Panjang lagi, tapi aku edit dan  nak highlightkan kelebihan berselawat ni. Teks selawat daripada Nurul Iman Blog.


1.) Mendapat syafaat dari Rasulullah s.a.w
  • Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. "

Nasib kita di akhirat memang tidak pasti. Kalau dilihat pada diri kita umat akhir zaman yang banyak cacat cela dan kekurangan ini, rasa-rasanya kita adalah lebih layak untuk masuk neraka daripada masuk ke syurga. Oleh itu kita sangat memerlukan syafaat Nabi Muhammad untuk menolong kita di akhirat nanti. 

Syafaat Nabi di akhirat nanti ada 5 jenis
i) Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.
ii) Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.
iii) Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
iv) Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.
v) Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.


2. Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi s.a.w. (dengan izin Allah jua)
Hadis:
  • Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. "

3. Mendapat keampunan dosa dari Allah s.w.t.
Hadis:
  • Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. " 

Hadis:
  • Riwayat Ad-Dailami: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun. "

4. Diberi pahala dari Allah s.w.t.
Hadis:
  • Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku 'Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari ummatmu, Allah s. w. t. mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya."

5. Mendapat ketenangan jiwa
Hadis:
  • Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa dan penghapus dosa) bagimu."

6. Mendapat rahmat dari Allah
Hadis:
  • Riwayat Muslim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali"

7. Mendapat hajat dunia dan akhirat.
Hadis:
  • Riwayat Ibnu Majar dari Jarir r.a. ; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk dunia. "

8. Digembirakan dengan syurga.
Hadis::
  • Riwayat Abus Syaikh dari Anas r.a: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka dia tidak akan matt sehingga dia digembirakan dengan syurga. "

9. Menjadi orang yang terdekat kepada Nabi s.a.w. di akhirat nanti.
Hadis:
  • Riwayat An-Nasai dan Ibnu Hibban; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan akupada hari kiamat adalah merekayang lebih banyak berselawat kepadaku"

 

Kelebihan selawat mengikut para ulama

1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.
2) Ditulis sepuluh kebajikan.
3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.
4) Diangkat sepuluh darjat.
5) Memperolehi kesempurnaan iman.
6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.
10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.
11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)
16) Terhindar dari kefakiran.
17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.
18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.
19) Terhindar dari orang-orang bakhil.
20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.
21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
22) Menjadi zakat dan pembersih diri.
23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.
24) Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.
26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi Muhammad s.a.w.
28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.
30) Terkabul segala hajat dan cita-cita. 



Gelaran orang yang tidak berselawat


i) Gelaran penghinaan.
Hadis:
  • Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Hinalah hidung orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku. "

ii) Gelaran bakhil (kedekut)
Hadis:
  • Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
"Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. "


Sekian entri hari ni, semoga kita mendapat syafaat daripada Baginda s.a.w dan limpah rahmat dari Allah s.w.t


Emosional dan Sentimental>>>>Jangan Baca!!

Tak tahu kenapa? Selama aku join Facebook (ye la,aku tak de blog sebelum ni), malam ni rasa emosional sikit. Plus dengan sentimental (bukan sakit mental tau).

Semuanya berpunca bila aku join satu grup ni, Sahabat Blogger. Tujuan asal aku join, aku nak jumpa dan sembang - sembang dengan geng - geng blogger semua. Bila dah join, enjoy dengan semua status - status yang kelakar. Tiba - tiba.....(kita minum dulu   ;p)

Tiba - tiba adalah sorang Hamba Allah ni tanya, apa tujuan asal Sahabat Blogger ni. (aku rasalah camtu kot dia tanya. Tapi cara dia bertanya tu, macam tak kena.). Mula - mula aku blur kejap. Tapi, bila tengok komen geng - geng dah berbau bibit - bibit pergaduhan. (Aku terkomen sikit je. Lupa lak aku komen apa.) Adalah Hamba Allah tu, tak puas hati dengan pertanyaan Hamba Allah ni. Hangin satu badan kot. Pastu ada pulak Hamba Allah ni jadi ala - ala batu api pulak. Aku nengok je. Tak sempat nak komen banyak - banyak. (Kalau join Sahabat Blogger korang tahulah, nak kejar notification dia. Boleh pinau bijik mata)

Back to story, komen - komen dah jadi makin banyak yang mencelah dan merepek, yang tak tahu hujung pangkal pun ada jugak. Aku pun jadi panas jugak. Dah makin melalut. Bro Framestone muncul.( ya, Tora datang lagi!!!, sori Bro). Tapi status lain lah.

Keadaan dah cool balik. Tapi ada jugak sahabat yang nak keluar grup. Aku simpati la dengan mereka - mereka yang keluar grup ni. Banyak yang boleh kongsi kat Sahabat Blogger tu. Rugi

Aku tumpang simpati jugak pada admin Sahabat Blogger. Kita semua kat situ dengan tujuan baik. Jangan lah musnahkan persahabatan yang baru terjalin. Sesama islam pulak tu. Hamba Allah tu pun dah mintak maaf, maafkanlah dia. Kepada yang berkenaan. Shake hand together. Please. Aku mohon sangat.
Aku minta maaf jugak kepada Hamba Allah yang aku maksudkan. Terasa beremosi pulak malam - malam ni. No heart feeling. ok;p



p/s: entri ini hanya luahan perasaan sahaja. Jangan marahkan saya. Saya hanya berkongsi cerita dengan blog saya. Maafkan saya.
(tiada link disertakan di entri ini)