29 January 2011

Akupuntur


Akupuntur berasal daripada perkataan Latin di mana acus bermaksud jarum dan pungere bermaksud cucuk.. Akupuntur adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik tertentu badan yang lebih dikenal sebagai ‘ acupunture point ’.

Titik akupuntur
Rawatan akupuntur boleh dikatakan telah digunakan oleh pelbagai masyarakat kuno tamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno, India dan China. Namun begitu, ahli-ahli perubatan memberikan penghormatan mereka kepada China. Hal ini kerana amalan akupuntur ini telah lama diamalkan oleh rakyar China iaitu sejak 4000 tahun dahulu dan diteruskan sehingga hari ini.



Sejarah juga ada membuktikan bahawabangsa China merupakan bangsa pertama di dunia yang mencatatkan sejarah dalam perubatan akupuntur. Hal ini terbukti apabila Maharaja China telah menulis dengan lengkap dalam bukunya yang bertajuk ‘ Huang ti The Yellow Emperor Canon of Medicine ’yang dikarang pada tahun 2000 SM. Buku yang diterjemahkan masih berada dalam simpanan seorang penulis di Beijing, China.

Di dalam akupuntur moden hari ini, terdapat pelbagai teknik yang diamalkan oleh ahli-ahli akupuntur atau pengamal akupuntur. Secara keseluruhan terdapat lebih daripada 11 bentuk akupuntur moden. Antaranya adalah akupuntur klasik di mana kebiasaanya menggunakan jarum-jarum halus sebagai rawatan . terdapat juga akupuntur elektrik di mana ia menggunakan stimulator elektrik voltage rendah supaya tidak membahayakan pesakit dan akupuntur elektronik yang menggunakan alat-alat elektronik kecil.

Voltan rendah dialirkan pada jarum akupuntur.

Selain itu, akupuntur bekam darah menggunakan acu bekam untuk menggeluarkan darah kotor dari badan kita. Terdapat juga akupuntur bekam yang menggunakan acu bekam untuk menyedut keluar angin dari badan kita. Akupuntur mosibusi ialah akupuntur yang menghangatkan pada titik-titik tertentu. Manakala akupuntur urut yang meliputi pelepasan tekanan, urut ( massage ) dan reiki. Selain itu, terdapat juga akupuntur homeopathy, akupuntur mata, kepala, telinga, dan sebagainya.

Bekam, salah satu teknik menggunakan titik akupuntur.
Rawatan melalui akupuntur mempunyai banyak kelebihan kerana ia dapat menyembuhkan banyak penyakit. Badan Kesihatan Dunia ( WHO ) telah menggariskan beberapa penyakit yang dapat dirawat dengan baik melalui kaedah akupuntur. Kaedah rawatan ini dapat merawat gangguan dalam sistem pernafasan iaitu sinusitis, selesema, dan tonsilitis. Manakala bagi gangguan pencernaan seperti gastrik, sembilit, cirit-birit dan paralysis usus. Selain itu ia juga merawat gangguan pada mata seperti sakit mata awal dan retinismyopia dan gangguan mulut seperti sakit gigi, gusi dan halkum.

Selain itu, penggunaan kaedah rawatan akupuntur juga berkesan pada penyakit yang membabit disfungsi proses fisiologi sakit kepala, paru-paru, keadaan reumatik yang agak genting, masalah haid, masalah pencernaan dan masalah saraf. Sebagai contoh, di Britain para doktor telah menggunakan kaedah akupuntur merawat pesakit yang menghidapi sakit kepala dan migrain. Rawatan ini dianggap berjaya di sana apabila 80% daripada pesakit tersebut telah sembuh sepenuhnya .

>sumber daripada Internet.

No comments:

Post a Comment