29 January 2011

Akupuntur


Akupuntur berasal daripada perkataan Latin di mana acus bermaksud jarum dan pungere bermaksud cucuk.. Akupuntur adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik tertentu badan yang lebih dikenal sebagai ‘ acupunture point ’.

Titik akupuntur
Rawatan akupuntur boleh dikatakan telah digunakan oleh pelbagai masyarakat kuno tamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno, India dan China. Namun begitu, ahli-ahli perubatan memberikan penghormatan mereka kepada China. Hal ini kerana amalan akupuntur ini telah lama diamalkan oleh rakyar China iaitu sejak 4000 tahun dahulu dan diteruskan sehingga hari ini.



Sejarah juga ada membuktikan bahawabangsa China merupakan bangsa pertama di dunia yang mencatatkan sejarah dalam perubatan akupuntur. Hal ini terbukti apabila Maharaja China telah menulis dengan lengkap dalam bukunya yang bertajuk ‘ Huang ti The Yellow Emperor Canon of Medicine ’yang dikarang pada tahun 2000 SM. Buku yang diterjemahkan masih berada dalam simpanan seorang penulis di Beijing, China.

Di dalam akupuntur moden hari ini, terdapat pelbagai teknik yang diamalkan oleh ahli-ahli akupuntur atau pengamal akupuntur. Secara keseluruhan terdapat lebih daripada 11 bentuk akupuntur moden. Antaranya adalah akupuntur klasik di mana kebiasaanya menggunakan jarum-jarum halus sebagai rawatan . terdapat juga akupuntur elektrik di mana ia menggunakan stimulator elektrik voltage rendah supaya tidak membahayakan pesakit dan akupuntur elektronik yang menggunakan alat-alat elektronik kecil.

Voltan rendah dialirkan pada jarum akupuntur.

Selain itu, akupuntur bekam darah menggunakan acu bekam untuk menggeluarkan darah kotor dari badan kita. Terdapat juga akupuntur bekam yang menggunakan acu bekam untuk menyedut keluar angin dari badan kita. Akupuntur mosibusi ialah akupuntur yang menghangatkan pada titik-titik tertentu. Manakala akupuntur urut yang meliputi pelepasan tekanan, urut ( massage ) dan reiki. Selain itu, terdapat juga akupuntur homeopathy, akupuntur mata, kepala, telinga, dan sebagainya.

Bekam, salah satu teknik menggunakan titik akupuntur.
Rawatan melalui akupuntur mempunyai banyak kelebihan kerana ia dapat menyembuhkan banyak penyakit. Badan Kesihatan Dunia ( WHO ) telah menggariskan beberapa penyakit yang dapat dirawat dengan baik melalui kaedah akupuntur. Kaedah rawatan ini dapat merawat gangguan dalam sistem pernafasan iaitu sinusitis, selesema, dan tonsilitis. Manakala bagi gangguan pencernaan seperti gastrik, sembilit, cirit-birit dan paralysis usus. Selain itu ia juga merawat gangguan pada mata seperti sakit mata awal dan retinismyopia dan gangguan mulut seperti sakit gigi, gusi dan halkum.

Selain itu, penggunaan kaedah rawatan akupuntur juga berkesan pada penyakit yang membabit disfungsi proses fisiologi sakit kepala, paru-paru, keadaan reumatik yang agak genting, masalah haid, masalah pencernaan dan masalah saraf. Sebagai contoh, di Britain para doktor telah menggunakan kaedah akupuntur merawat pesakit yang menghidapi sakit kepala dan migrain. Rawatan ini dianggap berjaya di sana apabila 80% daripada pesakit tersebut telah sembuh sepenuhnya .

>sumber daripada Internet.

28 January 2011

CUTI

Musim perayaan tiba lagi. Kali ni giliran kaum Tiong Hua untuk meraikan  Tahun Baru Cina. Perayaan yang diraikan hampir seluruh rakyat Malaysia.Hari ni, lepas je balik kerja, semua rakyat Malaysia berpusu - pusu nak balik kampung. Tulah keunikan Malaysia, rakyat Malaysia kira beruntung kerana dapat merayakan pelbagai jenis perayaan. Tak kira perayaan bangsa mana sekalipun semua orang mengambil kesempatan untuk bercuti. Cuti dah diminta seawal dua minggu sebelum cuti. Betapa excited nya nak bercuti.

Bagi yang bujang mesti lah nak ambil peluang pergi ke tempat peranginan untuk releasekan tension. Itu normal bagi ada duit lebih, nak pulak kalau dapat ang pau daripada bos yang berbangsa cina. Diorang memang suka nak bagi duit lebih. Ada ong maa, bagi kita la.hehe


Cuti memang seronok. lagi best kalau dapat pergi tempat yang boleh buat aktiviti kesukaan. Aku ingat dulu tahun 2009, ada pergi trip ke utara. Buat stail bagpackers. Layan gak. Belanja tak sampai RM500 sorang. Dapat pergi semua negeri sebelah utara; Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Entri pasal tu akan diceritakan nanti.

So, cuti - cuti macam ni, orang yang paling beruntung. tauke - tauke bas la, pasal tiket bas balik kampung mesti habis punya. Semua tiket sold out. Sapa yang beli lambat tu, nasib la. Kalau balik Kelantan tu, confirm dah habis. Nasib baik aku dah beli. Tapi balik 31hb la, pasal beli lambat.huhu
Tapi tak pa asal dapat jumpa yang keluarga tercinta dan tercinta sudah la.hehe. Janji balik kampung. Tapi yang paling penting dapat jumpa family. Itu tujuan asalnya. Bukan selalu boleh balik kampung. kan? kan?

Ini Safwan?......Yes, I am...;p

Salam perkenalan....
Ya, nama aku Mohamad Safwan Bin Saufi. Orang nomad, sebab lahir kat Sibu, Sarawak. Membesar dan bersekolah di Baling, Kedah sampai habis sekolah. Sekarang menetap di Jeli, Kelantan. Kampung keluarga di Tanah Merah, Kelantan.
Jadi, asal aku....Entah....Kelantan kot tapi tak rasa macam orang kelantan pun....;p
*tak kisah pun orang panggil aku murtad kelantan; dah biasa..no heart feelings*


Entri pertama untuk blog ni.
Sebenarnya kewujudan blog ni adalah untuk berkongsi apa saja benda yang berguna *yang tak berguna tu abaikan* dan kongsi pandangan. Bukan nak mengkritik sesiapa pun, nak kongsi pandangan je. Tak salah kan?

Jadi, tunggu je la entri yang seterusnya