30 December 2011

Blogspot ke Blogpot???

Benda ni mungkin dah lama beredar di dalam dunia maya. Tapi aku tak kira aku nak kongsi jugak.

Tahukah anda jika anda membuka blog kawan - kawan anda terutamanya Blogspot dengan membuang  huruf "s" pada Blogspot menjadi Blogpot, anda akan dibawa ke pautan lain??

Ini cara - cara yang aku diberitahu:-

1. Buka mana - mana blog kawan anda terutamanya yang menggunakan Blogspot.
    contoh: http://abcdefg.blogspot.com

2. Kemudian taip semula url blog kawan anda, dengan membuang huruf "s" pada perkataan Blogspot.
    contoh: http://abcdefg.blogpot.com

Anda akan dapati bahawa anda telah dibawa ke pautan ini.


Apakah agenda yang tersembunyi dalam hal ini?? Tepuk Dada Tanya Iman. Aku cuma menyampaikan.

Sungguh licik mereka ini. Nauzubillah. Semoga generasiku terselamat daripada godaan Syaitan.


Pejam Celik

Dah tak berapa hari lagi untuk tahun 2011 berakhir. Ada suka dan ada duka. Kalau yang suka, tahniah diucapkan. Cuma jangan terlalu suka, kelak berduka akan merana.

Bagi yang berduka, Insyaallah esok masih ada. Hidup ibarat roda. Ada masa kita di atas, ada masa kita di bawah. 

Tak semua orang sempurna. Tak semua orang bernasib baik. Yang bernasib baik atau dalam erti kata lain, bertuah, sesekali memberi bantuan kepada yang kurang bernasib baik bagi meringankan beban. Selalulah memberi kalau ingin menerima. 

Petikan dari buku - buku motivasi yang pernah aku baca.


Ok, cukup tazkirah hari ni. Sebenarnya aku hanya nak membebel. Kalau tak tulis sesuatu, memang blog ni bersawang. Dahlah update seminggu beberapa kali je. Memang tak boleh tumpu seratus peratus pada blog ni. Tak macam zaman remaja, banyak masa terluang. 

Sekarang sudah bekerja dan belajar, baik tumpu pada yang lebih memerlukan perhatian. Jangan nanti semua terabai, bak kata pepatah "Yang dikejar tak dapat, Yang dikendong berciciran". Naya je.

Blog ni dah berusia 11 bulan. Ibarat bayi baru berjalan jatuh, banyak lagi kekurangan. Lagipun blog peribadi, tak banyak untuk diceritakan. Cuma bila sekali sekala bercerita, mesti panjang lebar. Sabar jelah.

Pencapaian aku untuk tahun ni, banyak jugalah pencapaian. Cuma aku tak berapa ingat. Ada suka dan duka. Tapi beberapa hajat aku untuk tahun ni, sudah tercapai. Alhamdulilah. Cuma bab nikah kahwin je macam jauh sikit nak tercapai. Hehehe.

Bukan tak mahu, tapi..... Oklah cukup bebelan untuk hari ni. ;p




28 December 2011

Andai Mahu Menerima...

Hanya perkongsian untuk hari ni....Khas untuk Adam dan Hawa sekalian....


untuk ADAM.. andai mahu mencari hawa..

1. jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata..kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu..lihatlah pada telapak tangannya..andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik..fikirlah semasaknya untnk menyuntingnya..sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini..

2. jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata..lihatlah pada sebujur bibirnya..andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya..fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya..khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami..menabur buruk diri si suami..

3. jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata..lihatlah pada sepasang indah mata miliknya..andai tidak redup menunuduk pandangan..fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya..khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami..


untuk HAWA.. andai mahu menerima cinta adam..

1. jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata..lihatlah pada aktiviti malamnya..andai liar hidupnya tika malam menjelma..fikirlah sebaiknya andai mahu menerima..kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba..khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah..

2. jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata..lihatlah pada bahagian kakinya..andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola..fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima..kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri..

3. jangan dilihat pada tampan paras semata-mata..lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara..andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah..fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya..khuatir pabila bersama kelak..kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan..



-kredit kepada sesiapa yang mencoret-
-suka ;)

27 December 2011

Kagum Sekejap

Nampak gambar ni terbayang, kalaulah pejabat aku ni buat satu. Taklah penat berjalan. Dahlah jarak jalan besar ke pejabat agak jauh. Memang terbakarlah lemak degil.

Satu lagi senang kalau pengguna jalan kaki nak berjalan ke tempat pengangkutan awam. Rasanya agak jauh tempat bas atau stesen LRT dari pejabat aku.

Dah mula digunakan - Foto AFP

Kalau dikira stesen LRT Pasar Seni tu, memang nampak je opis besar aku dari stesen tu. Nak je buat kereta kabel dari pejabat ke stesen LRT tu. Mesti bestkan??

Berbalik kepada gambar. Eskalator ni dibina untuk menggantikan lebih daripada 350 tangga konkrit di kawasan penduduk daerah Comuna 13 Medellin, Colombia. Terdiri daripada enam bahagian dan akan memberi manfaat kepada 12 ribu pengguna tempatan.

Gambar pelan eskalator yang akan siap sepenuhnya

Lepas ni tak mustahil akan ada penduduk yang obesiti. Gara - gara eskalator ni. Setahu aku lah, orang latin ni bukan ke slim - slim je macam dalam telenovela. Kalau ada eskalator ni, tak de dah la orang slim - slim.;p


Trip Aquaria, KLCC

Dah agak lama tak berjalan - jalan buang duit. Kali ni, jalan - jalan kat KLCC je. Destinasi, Aquaria KLCC. Ada apa di Aquaria ni?. Jom jalan.

Kalau nak diikutkan, ni pertama kali aku ke Aquaria. Walaupun dah lama tinggal di KL ni, tapi memang tak pernah ke Aquaria ni. Cuti - cuti macam nilah baru ada peluang nak berjalan.

Benda pertama yang nak tengok, mestilah harga tiket dulu. Berapa harganya?. Mengikut harga pasaran seperti yang tertera;

Harga tiket

Jalan - jalan masuk ke Aquaria, benda pertama yang nampak, ikan Piranha. Didatangkan khas dari sungai Amazon. Sebesar pinggan tu.


Selepas tu kagum dengan hutan paya bakau. Banyaklah flora dan fauna. Mulanya fikir ikan dalam laut je ada kat Aquaria ni, rupanya tak.



Seksyen seterusnya baru nampak laut, ada aquarium silinder yang tinggi. Kagum sekejap. Nak ada satulah kat rumah.

Seterusnya barulah masuk ke dalam terowong aquarium yang menjadi tarikan di Aquaria ni. Best. Terasa seperti berenang di dalam laut.

Lepas terowong adalah beberapa aquarium yang lain. Layanlah gambar - gambar ni. Malas nak bebel dah.






25 December 2011

Nyahtoksin

Macam dah lama tak update. Bukan apa, sekarang tengah jalani proses detoksifikasi. Jadi adalah kesan sampingan yang aku terima.

Almaklumlah, badan lama pakai, segala jenis toksik dah bersarang dalam badan. Aku pun bercadang nak nyahtoksik segala yang ada. Memang badan kita dah ada proses nyahtoksik secara semulajadi. Tapi kadang kala proses ni perlukan bantuan juga.


Jadi aku menggunakan produk Juvanex melalui Program Nyahtoksin 7 Hari. Produk yang ramai selebriti dah cuba dan berkesan. Ini mungkin promosi percuma. Tak ada bayaran apa - apapun diterima.

Kita mulakan dengan harga. Harga asal RM160, tapi aku dapat dengan harga promosi RM120. Kalau ikutkan banyak je produk detok yang lain, tapi aku berminat nak cuba jenama Juvanex ni.

Aku baru guna dua hari, jadi belum nampak perubahan ketara, cuma kesan sampingan seperti sakit kepala, loya - loya, kerap kencing dan kerap letih dan mengantuk.


Tapi itu untuk tiga hari pertama. Hari - hari seterusnya mungkin kembali normal sikit demi sedikit. Selain dari produk Juvanex yang diambil sebagai minuman perisa oren. Kena jaga pemakanan juga. Ada disertakan sekali pelan pemakanan. Ikut je pelan tu, Insyaallah menjadi.

Kalau berminat sila layari laman web dan Facebook Juvanex.

22 December 2011

Duit Baru

Semalam Bank Negara Malaysia melancarkan siri mata baru yang akan diedarkan tahun depan. Mata wang baru yang dipertingkatkan ciri - ciri keselamatan.


Ciri-ciri keselamatan bagi mata wang baru itu termasuk imej bayangan, tetingkap lebih jelas, potret bertanda keselamatan dengan piksel dan angka yang diserlahkan, benang keselamatan berwarna, benang lensa mikro serta tampalan berkilat bagi memudahkan orang ramai mengenal pasti nilai setiap satunya.

Satu lagi ciri-ciri dipertingkatkan ialah pengenalan secara sentuhan yang membolehkan individu kurang penglihatan dapat mengenal pasti dan membezakan nilai mata wang berbeza.

Siri mata wang baru mengambil inspirasi daripada ciri - ciri unik semulajadi, budaya dan warisan Malaysia.

Satu yang menarik perhatian aku, adalah matawang RM 20. Agak lama juga tak muncul RM 20.Yang akhir pun, tahun 80 an dulu. Hampir 25 tahun juga la.

Selepas ni, lagi senang nak berbelanja. Jom pergi YES. (Year End Sale). Bonus pun dah dapat.

19 December 2011

Mancing Udang....Lagi

Dah lama juga tak memancing udang di Tepian Rimba. Dengar member aku asyik memancing je. Siap dapat udang besar lengan lagi.

Jadi untuk menghilang penat lelah kerana sibuk. Ada baiknya sesekali pergi merehatkan diri, dengan cara memancing...Yeaaaa....


Tepian rimba ni pernah aku review sebelum ni. Rujuk sini.

Bila sekali - sekala memancing ni, seronok. Tapi nak lagi mencabar, pancing ikan lah. Tapi aku memilih untuk memancing udang. Rileks sikit.

Tapi memancing udang ni, kena waktu panas. Aku pergi waktu mendung dan hujan rintik - rintik. Tak dapatlah udang banyak. Dapat tujuh, lapan ekor jadilah. Buat udang celup tepung.

Memandangkan sekarang musim cuti sekolah, ramailah ibubapa bawa anak - anak bersama. Nasib baik aku datang awal, dapat port baik sikit.

Mungkin kalau datang lewat, udang dapat dua, tiga ekor je. Itupun kalau dapat. Kalau tak gigit jari je lah.

Bukan senang jugak nak memancing udang. Macam aku, dua ekor udang terlepas, gara - gara tersilap teknik menaikkan udang. Dapat sepit udang je. Dahlah tak de isi.

Tapi takpe, lain kali kita mancing lagi.

16 December 2011

It's Jumuah "Friday"

Siapa yang tak kenal dengan Rebecca Black yang menyanyi lagu "Friday" dalam nada sumbang. Yang perasan konon - konon suaranya sedap. Tak semena - mena terkenal.

Lagu "Friday" yang tiada pengisian. Lirik pun mudah, macam dibuat oleh budak tadika. Lupakan pasal Rebecca Black. Ada artis baru dari Awakening Records, iaitu Raef.


Lagu parodi "Friday" versi islamik. Penuh pengisian dan bermakna. Jom layan.


Lirik lagu.
5AM Waking up for Fajr
Got to make Wudu', got to pray my Sunnah
Got to make Ghusl, got to clip my nails
Looking outside, the sun is rising up in the sky
Everybody's rushing
Got to get down to the masjid
Got to say "Salam" to the Imam

Sitting in the first Saff, chilling in the back Saff
Got to make my mind up....Do what the prophet did!

It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to the Ajr.
Miswaking!, Miswaking!
Pray, Pray, Pray, Pray
Got to read Surah Al-Kahf

12.45 the Imam's on the mimbar, talking about something like "Fiqh Az- Zakat"
They're whispering, chatting from the crowd, don't they know that's haram
I stand up, you stand up, prayer's about to start "Qad, Qaamat es-Salaah"
Foot to foot! Shoulder to shoulder! Just don't step on me!

Sitting in the first Saff, chilling in the back Saff
Got to make my mind up... Do what the prophet did!

It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to the Ajr
Miswaking!, Miswaking!
Miswaking!, Miswaking!
Pray , Pray, Pray , Pray
Got to read Surat Al-Kahf

It's Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy, mercy
Jumuah! Jumuah!
Got to make dhikr on Jumuah,
Everybody's looking forward to His mercy


08 December 2011

Apa Ada Dengan SBPA?

Seperti semua sedia maklum. Pekeliling perkhidmatan berkenaan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam telah diumumkan semalam. Dan hari ini, pekeliling berkenaan SBPA boleh diakses di laman web JPA.

Banyaklah perkara - perkara yang diberi perhatian oleh kerajaan demi menjaga kebajikan kakitangan awam. Antara yang dikaji, gaji minimum dan gaji maksimum, persaraan, imbuhan tetap dan elaun serta kemudahan lain.

Bila pekeliling seperti ni, kena baca dan fahami betul - betul. Tak lah nanti, akan tertanya - tanya, kenapa kita dapat macam ni, orang tu dapat macam tu. Sebab soal gaji ni, isu sensitif. Bagi akulah.

Nak faham tu yang jadi masalah. Sebab ayat - ayat yang digunakan Bahasa Malaysia tinggi. Kena baca 5-6 kali baru nak faham. Aku dah la lembab.


Kalau ada yang nak membaca juga sila klik laman JPA ni. Pastikan dah ada Acrobat Reader, sebab semua pekeliling dalam format PDF.

07 December 2011

Paksarela Ber"Ombak Rindu"

Tajuk tak tahan. Tapi disebabkan dipaksarela tengok filem ni, terpaksarela juga untuk membaca novel "Ombak Rindu" yang dipinjamkan oleh Kak Jay. Terpaksarela aku menghabiskan novel ni sebelum hujung minggu.
Baru dapat. Kulit novel yang lama.

Kalau tak, aku mungkin tak faham jalan cerita filem ni nanti. Bak kata kawan aku yang dah tengok filem ni, dinasihatkan untuk membaca novel sebelum tengok filem ni.

Masak juga nak menghabiskan novel ni. Almaklumlah, dah lama tak membaca novel. Yang terakhir, masa beli novel dari Pameran Buku kat PWTC dulu. Tu pun bulan Mac. Dah lama dah.

Nak memupuk balik minat membaca novel makan masa juga. Slow-slow je lah. Novel ni macam aku pernah baca. Tapi aku tak berapa ingat kisah tentang apa sebenarnya. Tu yang kena baca balik. Sebab tu pinjam je.

Kulit novel yang baru.
-kredit to pinkyanie-

Kalau beli yang baru, kulit novel dah diganti dengan poster filem dah. Dah tak original dah. Isi mungkin sama. Kulit dah lain. Jadi feel lain la sikit.

Dan bila belek - belek suratkhabar Metro hari ni, ada rencana berkenaan penulis yang mendapat royalti yang tak setimpal dengan sambutan filem. Mungkin begini nasib penulis bila pihak penerbit buku dan filem terlepas pandang kepada penulis.

Berita hari ni.
-hmetro-
Berita lanjut disini.

Ok, nak rehat kejap. Sambung baca novel. Kena gigih habiskan...;p

05 December 2011

PC Fair Kurang Menarik???

Hujung minggu baru - baru ni, aku sengaja menghabiskan duit dan masa di KLCC. Tempat dimana pameran komputer atau PC Fair berlangsung. Cadangnya nak teman member pergi beli external hardisk je.

Alih - alih aku pun terbabit membeli juga. Adalah dua jenis benda yang kalau dikira balik ngam - ngam seratus ringgit. Sebab komputer kat rumah dah lengkap semua aksesorinya.

Penat jugalah berjalan. Mula dari tengah hari, pastu rehat kejap, sambung balik sampai ke petang. Kaki pun dah kebas sampai tak rasa apa dah. Gara - gara nak mencari harga external hardisk yang murah.

Ni kira sikit lagi berbanding dulu.
Tak tahulah, samada aku ketinggalan atau memang barang mahal. External hardisk serupa macam aku punya berharga RM250. Dulu bukan RM180 je ke?. 500GB je pun.

Abaikanlah, lagipun keperluan mendesak. Bukannya berkira sangat pun, tapi sebab dah pernah dapat barang lagi murah. Dapat yang RM200 pun dah ok dah.

Macam best je main game sampai 3 monitor.
Main kat TV je lah.
Tengok kamera aku tergoda, tengok monitor PC pun aku tergoda. Nasib tak tergoda dengan gadis - gadis promoter yang pakai seksi - seksi...;p

Tapi aku perasan, orang ramai dah kurang sikit berbanding tahun lepas. Tahun lepas lagi ramai, sampai nak membeli pun tak senang. Tengok barang asyik nampak orang je. Belek barang pun terkena barang.
Tawar - menawar...;p
Tahun ni , tak tahu apa puncanya orang dah kurang. Samada tengah bulan atau semua sedang berjimat cermat untuk tahun depan. Yang pasti harga barang elektronik memang dah naik. Rugi - rugi. Baik beli kat Low Yatt.

Lepas habis berjalan, kitorang makan - makan pula kat Big Apple. Nak menggantikan lemak yang dah hilang. Lewat petang baru masing - masing dah letih. Balik rumah rasa nak terus tidur je.

Kat ruang koridornya.

01 December 2011

Dah Hujung Tahun Dah???

Sebulan lagi kita nak meninggalkan tahun 2011. Banyak sudah suka dan duka. Dan aku pun baru berblogging tahun ni. Tak banyak yang boleh diharapkan pada blog yang tak sampai setahun ni.

Bagi orang lain, mungkin gigih mempromosikan blognya di sana - sini. Tapi bagi aku yang jarang - jarang nak update ni, tak perlulah. Cukup dengan aku jaga hati pembaca setia aku. Bukan senang nak membuatkan orang mengikuti blog kita. Dah ada pengikut ni, syukur sangat - sangat.

Ada segmen - segmen dari blogger - blogger lain yang aku join. Ikut keadaan. Ada masa aku pun nak buat segmen juga, tapi mesti nak bagi yang kaw - kaw punya.


Bagaimana dengan pencapaian untuk tahun ni?. Aku tak nak letakkan harapan tinggi. Asal azam aku tercapai. Alhamdulilah. 

Nampak gayanya azam aku akan tercapai dalam sikit masa lagi. Suka aku. Azam nak kurus yang susah sikit. Hehehe. 

Kalau berkisar kawan - kawan aku. Ramai yang menamatkan zaman bujang. Aku?. Belum lagilah. Bukan senang nak mengemudi kapal. Hanya yang kuat dapat melaluinya.

Cukuplah dengan cecehan aku ni. Karang meleret pulak. Apapun, untuk ucapan yang entah keberapa. Aku ucapkan semoga azam kalian tercapai. Amin


29 November 2011

Kembali Semula!!!

Alhamdulilah, segala urusan yang perlu dilakukan selesai sudah. Walau serba kekurangan, alhamdulilah segalanya berjalan lancar.

Selamat pulang..;p

Ke mana aku menghilang, akan terungkai sudah.
Sebetulnya aku bercuti merangkap sabagai ahli rombongan pengantin lelaki yakni sahabat baikku. Selamat sudah majlisnya. Serba ringkas, serba sederhana. Tak perlu hebat - hebat. Ikut saja sunnah Rasulullah s.a.w. Besederhana dalam segala hal.

Sambil - sambil ikut rombongan pengantin, sambil kita bercuti. Aku memang tak pernah jejakkan kaki ke negeri di bawah bayu ni. Satu - satunya negeri di Malaysia yang belum sampai. Jadi sekarang bolehlah aku katakan bahawa seluruh negeri di Malaysia telah aku jejakkan kaki. Lepas ni, peluang untuk merasai suasana baru pula. Kan?

Alkisahnya, line internet pun baru dapat di Semenanjung. Kalau masa bercuti memmang tak sempat nak online. Pagi - pagi dah keluar, malam baru balik. Dah penat. Tak sempat online.

Balik ke ibu kota, kehidupan kembali seperti biasa. Layanlah dulu 2,3 keping gambar sebelum cerita penuh trip ke Sabah akan aku ceritakan selepas ni. Adios....wassalam

Meredah awan

Sayup - sayup Gunung Kinabalu

Makan - makan seafood. Siapa pernah
sampai tahulah dimana...

p/s: Salam Maal Hijrah aku ucapkan kepada semua Umat Islam.....

23 November 2011

Blog Bercuti Sementara

Ok, memang dah lama tak update. Tapi memang terpaksa bercuti sementara blog ni, disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan.

Usah ditanya, usah diungkit dan usah ditangisi pemergianku.*ecewah*. Tapi memang terpaksa bercuti disebabkan, adalah perkara - perkara tersebut.

Nanti cerita. ;p


17 November 2011

Seram Sejuk Tengok Keputusan

Hari ni keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), akan keluar. Kepada adik - adik, harap tawakkal dengan segala keputusan yang akan diterima.

Jangan putus asa kalau keputusan tidak cemerlang. Perjalanan masih jauh lagi, baru tangga pertama untuk capai masa depan gemilang, cemerlang dan terbilang. Jangan takut dengan kegagalan. Macam Thomas Edison, pencipta mentol. Dia gagal sebanyak 2000 kali sebelum berjaya. Jadi gagal sekali, bukan gagal selamanya.


Masa aku dulu, ingat lagi. Pergi sekolah sorang - sorang, walaupun mak aku suruh tunggu sebab nak pergi ambil result sekali.

Tapi aku berdegil, pergi sorang. Sebab rumah dekat dengan sekolah. Sebelah pagar je. Pergilah seorang diri. Tak harap yang lebih - lebih pun. Lagipun masa tu, aku duduk kelas yang keempat. Cikgu pun tak harapkan yang lebih - lebih. 

Masa aku ambil UPSR, itu pertama kali matapelajaran Sains diperkenalkan dan pertama kali juga lima subjek diperkenalkan. Sebelum ni hanya empat subjek. Jadi bila dapat keputusan 3A2B, alhamdulilah. Tak sangka kan. Duduk kelas kebelakang dapat keputusan macam tu. Siapa nak sangka kan?

Harap adik - adikku pun macam tu. Jangan risau walau macam keputusan pun, tawakkal dan redha je dengan ketentuan tuhan. Masih jauh lagi perjalanan. Dunia tak runtuh kalau gagal pun. Yang penting redha dengan qada' dan qadar.

16 November 2011

RM100

Sekarang baru sempat nak update blog. Kat pejabat tak selalunya boleh update blog. Kena tengok masa jugak. Lainlah kalau aku sentiasa bawa laptop ke pejabat.

Komputer pejabat boleh diguna untuk kerja pejabat sahaja. Laptop untuk hiburan semata. Kalau guna komputer pejabat untuk hiburan, semestinya kerja pejabat terbengkalai.

 Gambar: putra08.blogspot.com

Tapi bukan isu guna komputer pejabat yang nak diutarakan. Tapi isu pemberian RM100 oleh kerajaan kepada ibubapa yang mempunyai anak yang bersekolah. Tak kiralah sekolah rendah atau sekolah menengah.

Semua ibubapa layak mendapat bantuan ni. Terpulang kepada ibubapa yang berkemampuan nak menerima bantuan persekolahan ni atau tidak. Sebab bantuan ni memang disasarkan kepada ibubapa berpendapatan rendah dan sederhana.

Dan di pejabat aku hari ni, ramailah ibubapa yang bekerja separuh hari, semata - mata nak pergi ambil duit bantuan. Aku bukan nak kondem diorang. Cuma nak memberitahu ada segelintir umat yang memandang serong orang yang ambil duit bantuan ni. Bagi mereka, orang yang layak cuma orang - orang miskin.

Apalah salahnya, jika menerima bantuan pun. Hidup di KL ni, serba - serbi duit. Sekurang - kurangnya ada bantuan, ringanlah sikit beban perbelanjaan sekolah anak. Kalau tak nak ambil duit tu pun, duduk diam - diam sudah. Nak jugak mengomel dan membebel.

Mungkin ada yang tak puas di hati, tak tahulah. Kita tak layak nak menilai orang, hanya Allah s.w.t je layak menilai umat-Nya....


p/s: Nasib takde anak lagi, kalau tak mesti dah join sekaki....;p

Tergoda....

Minggu lepas, selepas saja diumumkan pelancaran gajet terbaru dari Samsung pada 11/11/11. Berduyun peminat gajet menyerbu Siri Jelajah Galaxy Note.

Tapi disebabkan aku ada di kampung, jadi tak berpeluang nak pergi ke pelancaran tu. Nak tengok lebih dekat gajet terbaru ni.
gambar - amanz.my

Samsung Galaxy Note seperti yang semua maklum adalah peningkatan dari Samsung Galaxy SII. Jadi aku nak juga tengok kebenaran berita tu. Sebab bagi aku, Samsung Galaxy SII sangat terasa plastiknya, menyebabkan aku kurang berminat.

Seusai membaca ulasan di amanz.my, meronta - ronta hati nak ada satu Galaxy Note. Best je tengok. Mungkin boleh tunggu bonus hujung tahun ni, kalau nak sambar satu.

Tengok ciri -cirinya, Samsung semakin mengganas. Terbaik dari Samsung.

15 November 2011

Rezeki Membuak - buak

Alhamdulilah, rezeki lagi. Banyak betul makan - makan kat pejabat ni. Kalau tak secara besar - besaran, mesti secara kecil - kecilan.

Rugi pulak pergi beli makanan pagi - pagi ni. Kalau tak dah jimat sikit. Ingat nak lah kurangkan makan, sebab sekarang dah kurang makan sedikit demi sedikit. Tak boleh secara mendadak, nanti terkejut.

Tapi bila baca berita, "Malaysia tertinggi  masalah obesiti". Macam terasa. Tapi overweight dah nak dekat dengan obesiti. Jadi kena jagalah. Bukan sebab apa pun. Sebab kena jaga kesihatan. Tak mahulah kena penyakit "tiga serangkai" masa muda - muda ni.

Penyakit tiga serangkai yakni Kencing manis, Darah tinggi dan Sakit jantung. Penyakit umum dihidapi oleh rakyat Malaysia.

Nak tak nak, kena jaga kesihatan. AYUH, BERUSAHA......;p


14 November 2011

Selamat Berjuang SPM-er

Hari ni bermula SPM 2011. Kepada adik - adikku,*tua lak rasa*. Selamat gigih menjawab soalan. Biar kita takcle soalan, jangan soalan tackle kita. Itu cikgu aku cakap dulu la. Alhamdulilah, walau tak cemerlang. Tapi kredit semua.


Penentunya hari ni. Jangan kalut, jangan gelabah. Baca soalan elok - elok. Lepas tu, geledah lah perpustakaan minda ketika menjawab soalan.

Itu je kot pesanan aku. Kalau petua - petua, tak sempat dah nak diamalkan. Petua sepatutnya diamalkan 6 bulan sebelum SPM. Baru sesuai.

Yang paling penting semasa exam. Baca soalan elok - elok. Lima, enam kali baca pun tak pa. Tapi jangan sampai masa tamat...;p

13 November 2011

Orang Bujang Oh Orang Bujang

Alhamdullilah aku selamat sampai ke tempat aku mencari makan. Dah lama tak update sebab aku mengalami kesakitan. Nak buka laptop pun tak larat apatah lagi nak menaip blog.

Walaubagaimanapun, aku kena balik juga ke KL. Kalau tak hangus je tiket bas aku tu. Ingatkan bila sampai rumah bolehlah rehat terus, tapi tak boleh juga.

Tengok rumah terkejut. Dengan sampah tak dibuang, bilik air berlumut, rumah berdebu. Boleh pulak budak rumah aku ni tinggal dalam keadaan rumah macam tu. Tak tahulah sama ada diorang ni manusia atau tak. Rumah dah macam tempat kucing beranak boleh duduk lagi, tak tahulah nak cakap apa.

Kalau dibiarkan mesti jadi macam ni.
-Google-

Selalunya keadaaan rumah memang macam tu kalau aku balik kampung seminggu. Nak tunggu aku balik dulu baru nak kemas rumah. Aku dah la tak boleh tengok sepah - sepah ni. Bayar sewa sama - sama. Yang kemas sorang - sorang. Takkan sampah sampai berulat tak boleh dibuang kot. Melampau ni.

Aku tak taulah rumah bujang lelaki lain macam mana. Sebab masa aku dok kolej dulu, ok je budak rumah aku. Bersih je rumah. Siap gotong - royong lagi.

Tapi yang ni, tak tahulah nak cakap apa. Bagi diorang mungkin dah paling bersih dah tu kot. Tapi agak - agaklah kan. Ingat ada pembantu rumah ke apa. Nak cakap masing - masing dah tua. Takkan tak faham kot.

Dalam bilik, lantaklah nak bersepah. Ruang tamu dengan dapur, kena tolak ansur sikit. Geram nih. Dah la malas nak membebel dah. Penat.

p/s: Sorry la, emo sikit. Sebab masih tak sihat. Agak - agak macam mana nak bagi diorang faham???

09 November 2011

Tentang Dhia

Baru lepas tengok episod 1 slot Akasia, drama Tentang Dhia. Menggantikan drama Soffiya yang tamat semalam.


Ok lah drama ni. Nampak Nora Danish "innocent" je dalam drama ni. Suasana kampung pun best. Tapi yang kelakar part diorang masih belajar di sekolah menengah.

Tengok Ako Mustapha (Azmi) dan Irfan Roslan (Raffi) pakai uniform sekolah. Kelakar. Dah tua - tua pakai uniform sekolah, macam budak terlebih hormon. Kalau Nora Danish (Dhia) ok je, sebab dia kecil molek orangnya...;p

Mungkin nak menunjukkan diorang kenal sejak di bangku sekolah. Kita tunggu dan lihat je lah perkembangan drama ni. Boleh like di facebook "Tentang Dhia". Ada sinopsis di sana. Malas nak copy paste kat sini, panjang sangat. Layan je lah setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malam.

08 November 2011

Kemalangan Dalam LRT

LRT....Pengangkutan yang selalu aku guna tika mula - mula bekerja dulu. Sebab LRT ni Mudah, Senang dan Efisien.

Mudah: sebab dekat dengan pejabat dan rumah.
Senang: sebab tak perlu berjalan jauh sangat dan berada didalam bandar.
Efisien: sebab kadang - kala tepat ikut jadual.


Jangan sangka, kalau naik LRT ni, terselamat dari kemalangan. Tak mustahil akan dapat kemalangan. Dalam LRT bukan di luar LRT. Seperti berlaku pada kawan kita ni....Tak percaya tengok gambar.

Nampak tak?...
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
Kesian..Kan dah tersepit...;p

Kejadian ni selalu berlaku bila pintu LRT dah nak tutup, tetapi masih lagi nak keluar atau nak masuk dalam LRT. Kan dah tersepit. Lain kali janganlah cuba - cuba nak masuk atau keluar bila pintu nak tertutup. Bahaya. Nanti jadi seperti gambar di atas. Ngeri.....;p



Bahasa Dalam Blog

Ada orang cakap, kalau nak tarik trafik paling banyak dalam blog, cuba tulis guna bahasa Inggeris. Mesti ramai pembaca akan berkunjung. Sebab kebanyakkan penduduk dunia fasih berbahasa dan membaca di dalam bahasa Inggeris.


Itu aku tak nafikan, sebab itu blog yang berbahasa Inggeris cepat naik dan dikenali. Tambah lagi, kalau blog tu berkenaan info dan maklumat terkini. Kalau blog peribadi satu kelebihan kerana setidak - tidaknya orang akan singgah ke blog tersebut.

Satu lagi, kalau nak berbahasa Inggeris, pastikan kaedah penulisan boleh diterima pakai. Yakni mudah difahami. Tak perlu bahasa "bombastik". Cukup dengan ayat ringkas dan mudah. Itu untuk yang fasih berbahasa Inggeris.

Bagaimana dengan yang tak fasih?. Apa nak dikata, cukuplah dengan apa saja bahasa yang difahami. Janji ada juga pembaca. Tak dikenali pun tak mengapa. Cukuplah ada tempat untuk mencoret. Untuk dikenali dengan hanya bahasa yang segelintir saja penuturnya, mungkin agak susah, tapi tak mustahil.

Mungkin boleh menggunakan apa saja aset yang ada, seperti rupa yang cantik atau kacak, kerjaya yang hebat atau dengan kata lain "aset yang boleh dijual". Kalau aset tak boleh dijual, jadilah seperti blog aku, yang kadang kala terasa seperti syok sendiri bila baca kembali entri yang lepas - lepas.


Jangan salahkan aku, aku menulis apa yang terlintas difikiran. Ikut suka hati apa yang nak ditulis. Mungkin ada yang tak suka dengan apa yang ditulis, mungkin ada yang suka. Kalau semua mesti mengikut kehendak orang, alamatnya berkuburlah blog ni. Niat berblog itu yang penting.

Maaf cakap, tapi hakikatnya aku adalah aku. Tak semua yang aku suka, orang suka, dan tak semuanya orang suka, aku suka...;p